Kadangkala kita pasti tidak dapat mengawal emosi apabila menghadapi sesuatu masalah atau krisis sehingga mampu membuatkan kita menangis, bak kata orang menangis mampu melepaskan tekanan. Terutama kepada kaum wanita yang dilihat lebih cenderung untuk menangis, namum ia bukan bermakna lelaki tidak menangis. Termasuk juga saya yang kadang-kadang menitiskan air mata apabila menghadapi sesuatu masalah.

Di dunia ini, Allah menjadikan kita berpasangan. Apabila pasangan anda melalui saat emosi dan memperlihatkannya dengan cara menangis, apa yang anda akan lakukan? Tindakan anda ketika ini haruslah boleh mengembalikan mood mereka semula dan jangan sampai menyebabkan pasangan anda berasa lebih teruk lagi.

Di sini saya ingin senaraikan beberapa tips untuk anda apabila menghadapi setuasi apabila pasangan anda sedang menangis atau bersedih:

1. Apabila pasangan anda menangis, jangan abai dan biarkan saja kerana ia adalah satu tanda mereka perlukan perhatian. Wanita lazimnya lebih sukakan seseorang yang mampu mendengar luahan kata mereka ketika mereka sedang bersedih. Janganlah anda bertindak menjauhkan diri ketika ini.

2. Jadilah pendengar yang setia. Diam dan dengar apa yang ingin pasangan anda katakan kerana itulah yang mereka mahukan daripada anda.

3. Jangan beritahu pasangan anda sama ada dia di pihak yang benar atau salah dalam keadaan itu. Jikalau dia bersalah sekalipun, dengarlah apa yang ingin si dia kata dan rungutkan. Si dia mungkin tahu dia memang salah tapi pada masa itu dia tidak mahu mendengar tentang hal itu.

4. Pinjamkan bahu anda (untuk yang berkahwin saja ye). Jangan duduk jadi tunggul kayu saja. Wanita sangat sukakan sentuhan daripada lelaki kerana ia membuatkan mereka berasa selesa.

5. Jangan memberi nasihat kecuali diminta. Wanita biasanya tidak sukakan anda memberi nasihat atau bercakap sesuatu yang boleh melukakan hati mereka apatah lagi di saat mereka sedang berduka. Lebih baik lagi anda elakkan dari ayat begini “..kan saya dah bagitau tadi ..bla bla bla…”

Begitulah 5 tips yang patut dilakukan ketika pasangan anda menangis, semoga dengan tips yang diberikan mampu membantu anda dalam memberikan keceriaan dan kebahagian kepada pasangan anda. Sesungguhnya menjaga perhubungan adalah lebih baik daripada bercerai.

kredit: mohdisa




Suka Entri Ini? Kongsikan Dengan Rakan-Rakan:



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Tidak Patut! / Template by : Urangkurai