Salam. Jangan ikut petua yang diberikan ini ehh ... ini cuma ingatan dan sekadar berkongsi pengalaman lampau. Tapi kalau ada yang buat lagi, cepat2 jangan buat ... ishh ngundang bahaya je ni.

1. Meletakkan segelas air kosong di atas meter letrik 
- pernah dengar atau lihat petua ni tak? Ishh ni kalau tumpah air dalam gelas tu, tak ke leh terbakor satu umah .. ishh ... sapa la punya petua ni. 

2. Menggunakan soket yang banyak palam 
- ada yang kata, leh jimat letrik sebab letrik tu akan 'terbahagi' secara sama rata, so nanti bil pun kuranglah. Nih mitos semata-mata. Ini bukan caranya, kalau silap letak boleh terbakar dan merosakkan peralatan elektrik. Kadar beban sesuatu soket itu perlu anda tahu supaya selaras dengan jenis2 peralatan elektrik yang dicucuk sekali. 

3. Buat penyambungan sendiri 
- ada yang suka 'tarik' punca elektrik dari satu soket atau plak kemudian buat plak lain. Ini bukan petua yang bagus, sebolehnya dielakkan. Semakin panjang anda gunakan sambungan, semakin tinggi arus hilang menerusi wayar tu, jadi ia tidak efisien. Bayar lebih untuk sesuatu yang tak dapat ... 

4. Tutup suis peti ais kemudian buka semula 
- hmm ini bakal menambah bil elektrik ni. Bila anda tutup dan buka semula, banyak tenaga elektrik yang perlu digunakan untuk menyejukkan balik peti ais tersebut. Namun, sekiranya isi kandungan dalam peti ais itu hampir kosong, digalakkan anda tak menggunakan peti ais dalam satu jangkasama tertentu. 

5. Semakin kecil peralatan elektrik, semakin kurang tenaga elektrik 
- mungkin ya, tetapi kebanyakkannya tidak .... kadangkala benda yang kecil menggunakan lebihan tenaga yang tak sepatutnya. Jangan percaya mitos ini. 

6. Guna plak yang ada tulis energy savers 
- jika peralatan elektrik seperti cerek, tv, microwave mungkinlah .. tapi plak ... mana boleh energy savers, setiap socket itu ada tahap bebanan yang telah ditetapkan.

Ok... tu sedikit sebanyak perkongsian yang saya nak berikan. Ada yang amalkan tak?

kredit: hasrulhassan




Suka Entri Ini? Kongsikan Dengan Rakan-Rakan:



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Tidak Patut! / Template by : Urangkurai