1) Mengandung
Jika anda sedang mengandung, ia mungkin bukan masa yang sesuai untuk mencari karier baru. Walaupun menjadi kesalahan jika majikan tidak mahu menemuduga atau mengambil bekerja wanita yang sedang mengandung, namun tidak mustahil ia menjadi faktor penolak ketika mereka membuat keputusan. Katakan syarikat berkenaan sangat perlukan seseorang memenuhi kekosongan jawatan yang diiklankan dengan segera. Adakah mereka mahu mengambil and bekerja hanya untuk kehilangan anda selama beberapa minggu tidak lama kemudian? Malah terdapat syarikat yang tidak menawarkan cuti bersalin bagi pekerja yang bekerja kurang dari setahun di syarikat mereka.

2) Pasangan Anda Baru Kehilangan Pekerjaan
Jika pasangan anda baru sahaja dipecat atau diberhentikan perkhidmatan, ia mungkin bukan masa yang sesuai untuk anda membuat perubahan besar dalam kerjaya. Anda sepatutnya menggunakan masa itu untuk membantu pasangan mencari pekerjaan baru dan bukan merancang kerjaya anda. Katakan isteri anda diberhentikan perkhidmatan dan kehilangan perlindungan insuran kesihatan. Anda juga mungkin akan begitu jika bertukar tempat kerja kerana perlindungan mungkin hanya diperolehi selepas beberapa bulan. Jadi anda dan pasangan tidak mendapat perlindungan selama beberapa bulan dan ini merupakan sesuatu yang berisiko.

3) Anda Berhadapan Dengan Penceraian
Penceraian ilah realiti yang menyakitkan bagi banyak pasangan. Ia bukan sahaja akan mengganggu emosi, malah juga melibatkan kewangan. Ini bermakna, ia bukan masa yang sesuai untuk melakukan perubahan kerjaya. Selepas bercerai, anda perlu memberi tumpuan pada menstabilkan hidup dan kewangan. Berikan masa sekurang-kurangnya 6 bulan hingga setahun sebelum anda merancang bertukar karier. Ramai peguam penceraian berpendapat bahawa keadaan minda seseorang tidak begitu stabil setahun sebelum dan selepas penceraian.

4) Anda Dikelilingi Hutang
Kebanyakan syarikat mungkin memeriksa keadaan kewangan calon untuk jawatan yang ditawarkan. Jika syarikat yang ingin mengambil pekerja mengetahui bahawa bakal pekerja mereka mempunyai hutang yang banyak, mereka mungkin berpendapat bahawa bakal pekerja tersebut berpotensi untuk mencuri wang syarikat atau menjual maklumat rahsia syarikat. Mereka juga mungkin berpendapat orang sebegini seorang yang terburu-buru, tidak berdisiplin atau kurang bertanggungjawab.

5) Ekonomi Yang Teruk
Terdapat ramai profesional yang bertukar kerjaya semasa keadaan ekonomi yang teruk menyesal tidak lama kemudian. Jika anda bertukar karier dan tidak lama kemudian majikan baru mengambil keputusan untuk mengurangkan staf, anda mungkin yang pertama akan diberhentikan.Malah anda mungkin ditawarkan pampasan yang sedikit kerana baru bekerja di situ. Tetapi sebaliknya jika anda terus bekerja di tempat lama. Anda mungkin tidak diberhentikan atau sekurang-kurangnya mendapat pampasan yang lebih berbaloi.

kredit: simfonikasih.net




Suka Entri Ini? Kongsikan Dengan Rakan-Rakan:



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Tidak Patut! / Template by : Urangkurai